Nuffnang

Saturday, December 19, 2009

Roti Cheese


Bahan - bahan :
500 gram tepung roti
40 gram marjerin
50 gram gula halus
20 gram yis
130 ml susu
200 gram keju parut untuk inti
1 sudu makan madu
1 sudu teh garam halus
Air secukupnya

Cara Membuat :
1. larutkan yis, susu, madu, dan gula dalam sebuah bekas. Biarkan selama 15 minit.
Gaulkan tepung, garam dan marjerin ke dalam sebuah mangkuk.

2. Tuangkan bancuhan yis ke dalam adunan tepung dan uli perlahan-lahan.
Tambahkan air sedikit dan uli lagi sehingga cukup lembut. Bentukkan doh dan bulat -
bulatkan, dan buatkan sedikit lubang. Masukkan satu sudu cheese dan kemaskan
bulat. Ulang sehingga habis.

3. Letakkan doh ke dalam  loyang roti dan biarkan selama 1/2 jam, atau sehingga doh
kelihatan naik barulah di bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 180 C.

                                             

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi