Nuffnang

Thursday, April 1, 2010

Char Kuey Teow Penang


Beberapa hari yang lalu ada beli kuey teow, dah terperap dua hari ini di dalam peti sejuk, so hari ini cadang nak masak char kuey teow ala Penang. Char kuey teow ni memang feveret anak - anak apalagi kalau ada letak kerang sikit memang sangat sedap! Mula - mula kita kena buat kicapnya dulu, kalau tak nak buat pun beli yang dah siap rasanye pun ok jugak. Meh kita semak resepi kat bawah ini..

Bahan Paste
200 gram udang segar
4 ulas bawang putih, diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
250 ml air

Untuk Mee
300 gram kuey teow
1 sudu besar cili boh
Udang atau kerang secukupnya
Sedikit kucai dan taugeh
2 biji telur

Cara Membuatnya :
Untuk membuat paste: rebus udang  dan air, bila udang hampir masak angkat udang dan  toskan airnya. Air rebusan jangan di buang. Campurkan semua bahan untuk membuat paste dengan air rebusan udang tadi.  Renehkan hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api  biarkan paste menjadi sejuk dan boleh di simpan di dalam fridge.

Untuk Char Kuey Teow : tumiskan cili boh sehingga garing, masukkan dalam 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yang telah di rebus tadi. Biasanya char kuey teow agak berkuah masukkan sedikit air dalam 1/2 cawan. Sesudah mendidih  masukkan kuey teow, kucai, taugeh kacau rata. Pecahkan telur, kacau goreng sekejap dan bolehlah di angkat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi