Nuffnang

Thursday, April 22, 2010

Chocolate Cake Bread


Bahan  roti :
180 g tepung protein tinggi
70 g tepung serbaguna
38 g gula pasir
10 g susu tepung
5 g ragi instant/yis
3 g garam
2 g  serbuk kopi segera
25 g telur
120 ml air
30 g marjerin

Bahan cake :
150 g mentega/marjerin
120 g gula halus
2 g garam
160 g kuning telur
110 g tepung serbaguna
20 g serbuk koko
240 g putih telur
90 g gula castor

Bahan toping :
25 g coklat chips

Cara Membuatnya
1. Roti:  campur tepung, gula, susu, yis, garam dan serbuk kopi ke dalam mang-
kuk mixer, kacau  sehingga rata. Tambahkan telur, air, dan marjerin, kacau lagi
hingga adunan menjadi kalis. Diamkan adunan hingga mengembang  selama  10
minit.

2. Timbang adunan masing - masing menjadi 200 g. Bulatkan dan diamkan lagi
selama 10 minit. Kempiskan adunan dan bentuk  bulat panjang. Letakkan di dal-
lam loyang loaf saiz 25 x 10 x 12 cm yang di sapu marjerin. Diamkan lagi selama
45 minit dan ketepikan.

3. Cake: pukul marjerin, gula halus, dan garam hingga membentuk krim yang ber-
warna putih . Masukkan kuning telur satu persatu. Tambahkan tepung dan serbuk
koko yang sudah di ayak sebelumnya. Pukul putih telur  dan  gula  castor  hingga
mengembang. Masukkan ke dalam adunan tepung, kacau sebati.

4. Masukkan adunan cake ke dalam adunan roti yang telah mengembang. Tabur
coklat chips, lalu bakar di dalam oven yang sudah di panaskan pada suhu 180 C
selama 25 minit sehingga masak. Keluarkan dari oven, biarkan hingga sejuk baru
di potong.
sumber : Buku Roti Manfred Lange

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi