Nuffnang

Wednesday, May 12, 2010

Ayam Bakar Rempah Bali


Hai...
Just simple dish hari ini. My mom suka sangat masak ayam dengan cara seperti
ini. Yapp, kami dulu pernah duduk di Bali dan kebetulan ini adalah masakan fav.
mama ku! Enjoy guys!                                

Bahan - bahan
1 kg ayam - potong  empat atau enam  bahagian, lumur air limau 
nipis dan garam. Ketepikan.
5 sudu besar minyak - untuk menumis
8 helai daun limau purut
3 batang serai - di ketuk
2 sudu makan kicap
1 sudu makan air asam jawa

Bahan kisar :
150 gram cili merah
12 ulas bawang merah
6 ula bawang putih
3 cm halia
2 sudu teh belacan bakar
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula merah

Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar sehingga  terbit aroma. Masukkan daun limau  dan serai.
Kacau sebati. Masukkan kicap dan air asam, tunggu hingga mendidih. Masuk
kan ayam, biarkan ayam hingga 3/4 masak. Angkat.

2. Panaskan oven pada suhu 180  C  bakar ayam sehingga masak. Hidangkan
ayam bersama baki rempah tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi