Nuffnang

Saturday, May 29, 2010

Baked Chicken And Mushroom


Salam.. kalau anda sedang terburu - buru, hidangan ini sangat cepat penyediaan
nya. Sementara dibakar, anda boleh melakukan pekerjaan lain pula.
Mudah bukan ?




Bahan - Bahannya :
1 labu bawang besar - dipotong besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu 2 cm
1/2 ekor ayam - potong 15 bahagian
100 gram cendawan butang
200 gram bunga kobis
1 sudu makan kicap inggeris
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu teh gula pasir


Cara Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah
disapu marjerin.  Tutup  atasnya  dengan  kertas aluminium. Bakar selama 25 minit
dengan suhu ketuhar 200 C sehingga masak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi