Nuffnang

Thursday, May 13, 2010

Corn and Cheese Pizza




Bahan Kulit :
1 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh garam
120 ml air suam
180 gram tepung gandum
1 sudu makan minyak masak

Bahan Topping :
1/4 labu bawang besar - potong dadu
50 gram jagung pipil rebus
2 keping keju slice - di potong dadu
1 1/2 sudu makan sos cili untuk sapuan
1 sudu teh lada hitam - di tumbuk kasar
Sosej secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Untuk kulit : campurkan yis, gula, garam dan air suam. Biarkan selama 20 minit.
Tuangkan campuran yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung gandum sambil diuli
hingga menjadi doh.

2. Masukkan minyak. Uli lagi sehingga doh menganjal. Biarkan doh rehat  selama
40 minit sehingga 2 kali ganda kembangnya. Canai nipis adunan. Bentukkan bulat
berdiameter 25 cm setebal 0.5 cm. Letakkan di dalam loyang yang telah  di sapu
dengan marjerin. Cucuk - cucukan adunan dengan garfu.

3. Sapukan dengan sos cili. Kemudian taburkan bawang besar, sosej, jagung dan
lada hitam. Bakar selama 15 minit dengan suhu 190 C. Taburkan keju slice dan ba-
kar lagi selama 5 minit sehingga benar - benar masak.

Tip : Pizza lebih baik di hidangkan ketika masih panas supaya rasanya akan lebih
lazat.
Sumber : Sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi