Nuffnang

Tuesday, May 4, 2010

Enoki Goreng Keju Pedas


Salam, cendawan jenis ini kenyal rasanya. Sekarang bayangkan jika di padukan dengan lapisan tepung yang rangup, Mmm soo yumyy dan krak - kriuk macam snack !! Jom mencubanya  di dapur sendiri !

Bahan - Bahan :
1 bungkus cendawan enoki
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencelup :
50 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk paprika
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 ml air sejuk

Bahan taburan  ( kacau rata ) :
150 gram tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu makan keju parmesan

Cara Membuat :
Potong akar enoki. Pisahkan bahagian - bahagiannya. Kacau rata bahan pencelup. Celup cendawan lalu segera di gulingkan  di bahan taburan. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
                                  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi