Nuffnang

Monday, May 24, 2010

Gulai Ikan Kering




Bahan - bahannya :
1/2  biji nanas yang kecil kupas kulitnya dan di potong dadu
1/2 biji kelapa - ambil 1/2 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair
Beberapa keping ikan masin - di bersih
3 sudu besar minyak masak

Bahan ditumbuk :
6 - 7 cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas buah keras
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm kunyit
1 keping kecil belacan

Cara Menyediakannya :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tuangkan
santan cair dan biarkan mendidih kemudian masukkan  ikan kering. Biarkan ikan
kering masak beberapa minit. Barulah di masukkan nanas.

2. Apabila sudah mendidih, tuangkan santan pekat serta sesuaikan rasa. Kacau
sekali - sekala agar santan tidak pecah minyak. Hidangkan bersama nasi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi