Nuffnang

Tuesday, May 25, 2010

Kek Mentega

Assalammualaikum..haii semua dok buat apa  tuu? Nak ucap Terima kasih kepada Anyah Kalsom yang tinggal diRaub Pahang  atas kiriman  Edible  Image  ini. Hmm.. pastii la si budak debab tu  sukee.. thanks sekali lagii..

Bahan  A :
250 gram mentega
1 sudu besar kek emulsifier
220 gram gula kastor
1/2 sudu teh garam

Bahan B :
4 biji telur

Bahan C :
280 gram tepung paling halus
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D :
1 sudu besar susu tepung
50 ml air suam

Cara - cara :
1. Pukul bahan A sehingga naik dan kembang. Campurkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Ayak bahan C dan masukkan ke dalam campuran di atas. Gaul hingga sekata.
Kemudian masukkan bahan D dan bancuh hingga sebati. Sapukan marjerin pada acuan kek. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit.

2. Potong kek mentega pada 2 lapisan. Sapukan dengan butter cream di antara lapisan kek dan susun dengan elok. Salutkan seluruh kek dengan butter cream dan hias mengikut kreativiti anda.

Butter Cream Resepi
250 gram butter / shortening
125 gram krim well
125  gram susu pekat manis

Cara Membuatnya :
Pukul butter dengan krim well hingga putih, masukkan susu pekat pukul lagi hingga kembang. Sesuaikan warnanya untuk hiasan kek.

Sumber : Wendy Kor dan I lup Islam





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi