Nuffnang

Wednesday, May 19, 2010

Kerepek Bawang


Di rumah saya kalau menghadap tv takdak kudapan rasa kurang bestlah!!
Biasanya kalau hujung minggu memang saya selalu buat snack atau kudap - kudapan
untuk anak - anak di rumah. Biasanya cookies ataupun kerepek bawang cam gini jadi
kegemaran. Salam, dan selamat mencuba!

Kerepek Gunting
200 gram tepung gandum
1 biji telur
2 ulas bawang putih - haluskan
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/4 sudu teh baking powder
50 ml air sejuk
Daun sup dan daun bawang -  cincang halus
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Pukul telur hingga kembang masukkan  garam, serbuk pati ayam, daun sup dan
daun bawang. Masukkan tepung gandum, bawang putih dan  baking powder,  gaul 
sebati. Masukkan  air sedikit demi sedikit uli hingga menjadi adunan yang elastik.

2. Canai  nipis adunan menjadi saiz yang lebar,  setebal 2 cm.  Potong  -  potong.
Buat hingga habis adunan. Goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi