Nuffnang

Saturday, May 15, 2010

Tall Hause Cookies


Tidak hanya menunggu masa hari raya. Kukis boleh dinikmati di saat santai bersama keluarga di rumah! Jom buat untuk kudapan minum petang !

Bahan - bahannya :
220 gram tepung gandum
200 gram kismis
2 sudu kecil esen vanila
230 gram mentega
120 gram gula aising
2 biji telur
Emping jagung ( cornflake ) di ramas kasar

Cara Membuatnya :
Mentega dan  gula di putar sehingga kembang,  masukkan telur dan  pukul rata. Gaulkan tepung, kismis dan esen vanila hingga sebati.  Sudukan  satu  sudu kecil adunan ke dalam emping jagung golek hingga bersalut. Aturkan  di  dalam dulang pembakar dengan jarak empat cm agar adunan dapat mengembang. Bakar sehingga masak selama 18  hingga 20 minit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi