Nuffnang

Saturday, June 19, 2010

Vanilla Blueberry Cake


Nak kogsikan resepi kek yang cukup lembut dan sedap ini, bahan - bahannya pun sangat simple dan ringkas tetapi boleh menjadi hidangan yang cukup istemewa. Resipi asal sponge cake dari Chef Alex Goh. 

Vanilla  Blueberry Cake
3 biji kuning telur
20 gram gula halus

100 gram tepung gandum -  diayak
50 gram mentega cair
1 camca teh esen vanilla

3 biji putih telur
100gm gula halus

Isian Blueberry dan whipping cream utk hiasan

Cara Membuat :
Pukul kuning telur bersama gula halus sehingga sebati. Ketepikan. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga kembang dan kental.Masukkan gula halus. Teruskan memukul sehingga kental dan tidak tumpah
bila mangkuk diterbalikkan. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati. 

Kaup balikkan tepung gandum. Lakukan sekadar tepung gandum sebati dengan adunan. Jangan terlebih pukul.Kaup balikkan mentega cair dan esen vanilla.Tuang ke dalam acuan yg telah dilapik kertas gris. Bakar selama25min - 30min. Keluarkan serta-merta setelah siap dibakar dan sejukkan atas redai.Potong kek kepada dua bahagian dan lapiskan dengan isian blueberry & whipping cream.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi