Nuffnang

Thursday, June 10, 2010

Makaroni Flan



Bahan - Bahannya :
60 gram makaroni / rebus hingga kembang dan lembut
3 biji telur
300 ml susu cair
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan Toping :
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
50 gram jagung manis
1/2 labu bawang besar - dihiris mamanjang
50 gram cendawan butang - dibelah dua
2 batang sosej lembu - potong bulat
100 gram daging cincang
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan marjerin untuk menumis
100 gram keju mozzarella - parut kasar utk toping

Bahan Sos :
1 sudu makan marjerin
1/2 labu bawang besar - dicincang
3 biji buah tomato - cincang
1 1/2 sudu makan pes tomato
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
1 1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh oregano
100 ml air

Cara Membuatnya :
1. Kacau bahan makaroni.  Tuang di  dalam bekas  tahan panas berdiameter
22cm yang telah di sapu dengan marjerin. Rendamkan bekas di dalam loyang
yang berisi air.  Bakar sambil  di rendam  selama  30 minit  di dalam  ketuhar 
dengan suhu 180 C sehingga masak keseluruhannya.

2. Untuk membuat sosnya, cairkan marjerin dan tumis bawang besar sehingga
naik bau. Masukkan tomato cincang, pes tomato, garam, lada sulah dan gula.
Kacau rata. Tuang air.  Masak sampai  meletup - letup.  Masukkan  oregano.
Kacau rata. Angkat. Tuangkan di atas makaroni.


3. Menyediakan topping, tumis semua bahan topping kecuali keju mozzarella
sehingga layu. Tuangkan ke atas makaroni dan taburkan keju mozzarella. Bakar
di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 180 C sehingga keju kelihatan
mencair.

Sumber : Paduan Seni Kuliner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi