Nuffnang

Wednesday, June 9, 2010

Pasta Goreng


Assalam'mualaikum dan selamat tengah hari...




Bahan - Bahan
300 gram pasta
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
150 gm cili kering - kisar
50 gm sos cili
60 gm sos tomato
1/2 camca besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
40 gm kicap pekat
40 gm sotong
50 gm udang
50 gm isi ayam
Garam dam gula secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Rebus pasta hingga lembut dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bawang
hingga garing. Kemudian masukkan sotong, isi ayam, udang dan kacau hingga ma-
sak. Masukkan sos cili, sos tomato, cili kisar, sos tiram. Gaul sebati.

2. Masukkan pasta dan kacau perlahan - lahan, masukkan kicap pekat, serbuk
pati ayam, garam dan gula secukup rasa.  Kacau higga semuanya sebati. Sedia
dinikmati, hidangkan selagi panas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi