Nuffnang

Monday, July 26, 2010

Piza Corn Flakes


Bahan - Bahan :
A
250 gram tepung berprotein tinggi
1/2 cawan cornflakes - di kisar halus
1 1/2 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1/2 camca teh garam

B
125 ml air suam
2 camca besar krimer sejat rendah lemak ideal
1 biji telur - pukul ringan
2 camca besar minyak masak

1/2 cawan sos tomato
1/2 sudu besar oregano
5 biji sosej ayam atau daging - di hiris
6 kuntum cendawan butang - di hiris
1 biji bawang besar - di hiris
1/2 biji lada besar merah - di hiris
1/2 biji lada besar hijau - di hiris
80 gram nanas dalam tin, tuskan dan di hiris
150 gram keju mozzarella

Cara Membuat :
1.  Campur bahan A dan masukkan bahan B. Uli doh hingga sebati dan tidak melekat pada jari. Letak doh dalam mangkuk yang di gris dan tutup dengan tuala lembab untuk doh naik. Bila doh telah menjadi dua kali ganda, uli lagi selama 5 minit. Canai doh setebal 1 cm. Letakkan di atas dulang pembakar dan cucuk permukaan  doh dengan garpu. Ketepikan.

                                   
2. Sapu sos ke atas doh pizza dan taburkan oregano ke atasnya. Susun sosej, di atas nya pula sayuran dan taburkan keju mozzarella. Bakar di dalam ketuhar yang bersuhu 200 C selama 15 - 20 minit atau sehingga keju memcair. Hidangkan segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi