Nuffnang

Saturday, August 14, 2010

Oat Brownies

Salam Ramadhan, kepada para pengujung blog dan kawan - kawan  yang  sudi singgah dekat Recipes House  ini. Lama tak membaking, hari  ini  ada cuba buat " Brownies " saya  tuliskan resepinya di sini, untuk sesiapa yang ingin mencubanya.. Selamat Berpuasa !


Bahan - Bahan :
75 gram marjerin
200 gram coklat masak hitam - dipotong -potong
2 biji telur
75 gram gula merah
50 gram oat
35 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gram cip coklat
20 gram hirisan badam untuk taburan
25 gram coklat masak susu - cairkan untuk mencorak ( saya tak buat )

Cara Membuatnya :
1. Panaskan marjerin. Matikan api. Masukkan potongan coklat masak hitam. Kacau sehingga larut. Biarkan suam. Pukul telur dan gula merah sehingga pekat. Masukkan larutan coklat masak hitam. Pukul rata.

2. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan. Masukkan oat dan cip coklat. Kacau rata. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 24x12x4 yang telah disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak. Taburkan hirisan badam.

3. Bakar selama 35 minit dengan suhu ketuhar 180 C sehingga masak. Potong - potong empat segi kecil. Hidangkan dengan hiasan coklat masak susu cair.


Tip : Potong - potong brownies dengan keadaan terbalik supaya lebih kemas dan badam tidak akan hancur.     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi