Nuffnang

Saturday, October 2, 2010

Ayam Goreng Ala Kentucky


Salam, cara yang paling mudah mengolah ayam adalah membuatnya menjadi ayam
goreng.  Nasib baik juga banyak variasi ayam goreng  boleh kita buat.  Sekalipun
kerap dihidangkan, tidak juga akan membuatkan berasa bosan.Yaa, tak ?

Bahan - Bahan :
1 ekor ayam bersaiz sederhana, potong 8 bahagian
1 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencelup ( kacau rata ) :
100 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk penaik
200 ml air sejuk

Bahan pelapis :
300 gram tepung gandum protein tinggi
60 gram tepung jagung
1/2 sudu makan serbuk penaik
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 sudu teh serbuk cili

Cara Membuatnya :
Lumur ayam dengan air perahan lemon,  garam dan serbuk lada sulah.  Perapkan
selama 30 minit dalam peti sejuk. Gulingkan ke bahan pelapis yang sudah di ayak.
Celupkan ke bahan pencelup. Gulingkan ke bahan pelapis, sambil diangkat - angkat.
Goreng dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana sehingga masak.

                              

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi