Nuffnang

Sunday, November 28, 2010

Roti Coklat Keju

             
Dengan hanya menggunakan 2 biji kuning telur roti ini boleh di katakan lembut. Yaa, betul saya tak letakpun bread improver atau pelembut roti sejenis bahan kimia. Kalau boleh memang tak nak pakai dahh. Tapi sekali - sekala ada pakai juga! Opss.Tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Bahan - Bahan :
400 gram tepung roti
80 gram gula pasir
6 gram yis segera
25 gram susu tepung
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
170 ml air sejuk
75 gram marjerin
1 sudu teh garam

Bahan Inti :
150 gram keju cheddar - potong dadu kecil
150 gram coklat masak hitam - potong dadu kecil

Bahan sapuan ( kacau rata ) :
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu cair

Cara Membuat :
Roti : campurkan tepung roti, gula pasir, yis segera dan susu tepung. Kacau rata. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga elastik.

Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian doh seberat 12 gram. Betukkan bulat. Biarkan selama 10 minit. Leperkan adunan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.  Letak di dalam loyang yang telah disapu marjerin.

Biarkan selama 75 minit. sehingga kembang. Sapukan dengan bahan sapuan. Bakar selama 6 minit dengan suhu ketuhar 220 C sehingga masak.

Sumber : Majalah Sedap

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi