Nuffnang

Friday, June 3, 2011

Mee Goreng Warisan



Mee biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi dan juga hidangan minum petang. Namun, seiring dengan peredaran zaman, makanan ini kini boleh di nikmati pada bila-bila, tidak kira pagi, tengahari, petang ataupun tengah malam sekalipun!!

Bahan -  bahan :
1/2 kg mee kuning -  dibasuh dan toskan
3 sudu besar minyak untuk menumis
50 gram isi ayam / sotong / udang
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula pasir
50 ml air
20 gram sayur sawi
20 gram taugeh
2  biji tauhu - digoreng dan dipotong
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh kicap ikan

Bahan dimesin / kisar :
6 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan yang dikisar. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap ikan, serbuk pati ayam dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit gula dan perisakan dengan garam.

Masukkan isi ayam / sotong. Kacau sekejap. Masukkan mee kuning, sayur sawi, taugeh, tauhu dan kacau sebentar. Akhir sekali taburkan bawang goreng semasa menghidang, jika suka.

                                                                                 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi