Nuffnang

Wednesday, June 1, 2011

Popia Goreng Sayuran



Hari ini merajinkan diri membuat kudapan di rumah. Anak2 asyik minta di buatkan sesuatu untuk makanan sampingan di rumah.  Apa jua jenis hidangan sekalipun,  apa yang penting  ianya tidak  memudaratkan kesihatan dan perlu memastikan  ianya benar - benar berkhasiat untuk tumbuh besar anak-anak.

Bahan - bahanya :
12 keping kulit popia
1 sudu makan tepung gandum dan 1 sudu makan air, larutkan sebagai pelekat
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti :
50 gram udang, dicincang
50 gram lobak merah, hiris sebesar batang mancis
50 gram tauge
50 gram buncis, hiris halus
2 biji telur, pukul ringan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 sudu teh kicap ikan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
1 batang daun bawang - hiris halus
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan sos ( kacau rata ) :
100 gram mayonis
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh air perahan lemon

Cara Membuatnya :
Inti :  tumis bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan udang. Kacau sehingga berubah warna.  Ketepikan di tepi kuali.  Masukkan telur. Kacau sehingga berbutir. Masukkan lobak merah, tauge dan buncis. Kacau sehingga layu. Masukkan kicap ikan, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir.

Masak sehingga menyerap. Masukkan daun bawang dan kacau rata. Ambil sekeping kulit popia. Intikan. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan larutan tepung gandum. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan sehingga masak. Hidangkan dengan sosnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi