Nuffnang

Sunday, October 9, 2011

Banana Chiffon Cake


Ada beli acuan chiffon kek dan dah lama betul kita simpan. Hari ni baru tergerak hati untuk membuatnya, hihi. Resepi ibu Fatmah Bahalwan. Kek ni memang gebu dan sedap. Thanks ya bu, untuk resepinya!Yuk, cuba!

Bahan  A :
7 biji kuning telur
100 gram  gula perang
175 gram tepung gandum
100 gram pisang yang di lecek halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder double action
80 ml minyak sayur
1 sudu teh esen pisang - saya pakai esen vanila

Bahan B :
250 ml putih telur
100 gram gula castor
1/2 sudu teh cream of tar - tar

                                                          
Cara Membuatnya :
Campurkan  tepung, baking powder, kacau rata dengan menggunakan whisk. Ketepikan. Pukul kuning telur dan gula perang sehingga pekat. Masukkan tepung, pukul dgn menggunakan kelajuan perlahan. Masukkan pisang dan minyak sayur. kacau rata. Masukkan garam dan esen vanila. Kacau rata sehingga menjadi adunan pasta. Ketepikan.

Pukul bahan B sehingga pekat dan kaku. Masukkan adunan A dengan adunan B secara bertahap sehingga tercampur rata dan ringan. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yang tidak disapu dengan apa pun. Bakar di dalam oven pada suhu 150 C sehingga masak. Angkat dan sejukkan kek dengan posisi acuan terbalik.

           

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi