Nuffnang

Thursday, June 7, 2012

Apam Balik Mudah



Lagi - lagi sajian serba sederhana selalu menjadi pilihan. Senang dan cepat, kan? Adunan
ni saya perapkan semalam di dalam peti ais dan keesokan paginya barulah di buat. 
Sesuai untuk sarapan atau pun minum petang. Untuk intinya, boleh juga di pelbagaikan
menurut selera dan citarasa. Saya letak jagung berkrim dan tabur aje dengan gula pasir...
memang sedap bertemankan secawan teh panas!

Bahan - Bahanya :
250 gram tepung gandum
65 gram gula pasir
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
400 ml air
1 sudu teh yis
1 biji telur - pukul ringan
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh soda karbonat
1 sudu besar marjerin - cairkan

Bahan Toping :
1 tin jagung berkrim
Gula pasir secukupnya

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung, 25 gram gula ( dari 65 gram ), baking powder, dan garam. Kacau rata menggunakan whisk. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus di pukul sehingga 10 minit. Masukkan yis. Kacaukan sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit. Masukkan telur, soda karbonat, dan baki gula tadi. Kacaukan sehingga rata. Tambahkan marjerin. Kacau sebati. Tuangkan di kuali anti lekat yang di sapu nipis dengan minyak. Biarkan berlubang barulah tabur dengan gula pasir. Tutup sehingga masak. Angkat dan letakkan inti sesuai selera.

Resepi asal : Sajian Sedap.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi