Nuffnang

Monday, October 1, 2012

Ikan Siakap Bersos



Wah, lama rasanya tak share resepi. Masa inilah baru ada kelapangan nak berehat dan menaip kat sini! Resepi saya tengok di blog Kak Ita, gambar masakannya memang cukup menarik hati! Dan terus ingin mencuba, tak nak tunggu - tunggu dah. Hehe. Sebetulnya menu ni saya buat di penghujung minggu yang lalu. Menu ringkas bagi saya dan anak - anak di rumah. Orang rumah saya cukup suka hidangan ini! Cukup istimewa dan cukup ringkas tapi membuka selera! Hidang bersama nasi yang baru aje masak, panas gituu lagi lah terangkat! Semak bahannya kat bawah ini..

Bahan - Bahannya :
1 ekor ikan siakap sederhana besar - cuci, tos dan kelar - kelar
1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
3 cm halis - cincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap pekat ABC
1 sudu besar   kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1/3 benggala merah dan kuning - potong dadu
50 gram tomato kecil

Cara Membuatnya :
Lumurkan ikan dengan sdikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan yg sesuai. Di dalam kuali panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik bau, masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air.

Masak sehingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Masukkan kesemua sayur dan masak sekejap. Seimbangkan rasa  dan tutup api. Tuangkan sos ke atas ikan tadi. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi