Nuffnang

Friday, December 14, 2012

Kuping Gajah



Dulu ketika duduk di Jakarta saya selalu makan kudapan ini depan tv! Jadi teringin ... nak cari kat mana ?Ah, saya cuba buat. Cari punya cari saya jumpa resepi ini versi majalah Femina. Di sebabkan hari ini ada masa lapang saya pun memulakan projek ini petang tadi. Bahannya pun simple saja hanya guna tepung, gula, telur dan bahan - bahan yang selalu ada di dapur rumah! Apasal nama dia kuping gajah? Kuping itu bermakna telinga so kuih telinga gajahlah kut!! Hehe.. oklah semak resepinya di bawah. Salam manis ...



Kuping Gajah
300 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
80 gram gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
75 ml santan instan
1 1/2 sudu besar serbuk koko - saya letak coklat paste
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
Di  dalam mangkuk adunan campurkan tepung, gula, dan garam. Kacaukan sehingga tercampur rata. Masukkan telur, esen vanila dan santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian yang sama banyak. Bahagian yang satu tambah
kan dengan coklat paste.

Nipiskan adunan berwarna putih dan coklat. Letakkan lapisan coklat di atas lapisan berwarna putih. Gulung dan padatkan. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga keras. Potong nipis adunan menggunakan pisau yang tajam setebal 1 cm. Tabur sedikit tepung dan nipiskan lagi. Buat sehingga adunan habis. Goreng keperangan. Toskan dengan tisu dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara agar kekal rangup.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi