Nuffnang

Tuesday, March 26, 2013

Banana Roll Puff

Salam,
Setelah kemarin mencuba sendiri menghasilkan kulit puff, hari ini teringin pulak membuat banana
roll puff. Masih menggunakan resepi dan step yang sama. Kebetulan stok pastry marjerin masih
ada di dapur saya, jadi nak perabis juga hari ini daripada rosak nantinya!


Banana Roll Puff

400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan Isi :
6 pcs Pisang Raja
3 sudu besar gula perang
50 gram Mentega

Bahan Gliss :
1 biji kuning telur - pukul ringan
1 sudu teh air kosong - pukul ringan

Cara Membuat :
Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.

Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T".
Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.

Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.

Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama
rehatkan 15 minit lagi
Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm. Siapkan 1 biji pisang yang sudah
digoreng dengan Mentega dan gula perang. Sejukkan.

Lilit pisang dengan adonan puff, sisakan hujung dari pisang sehingga masih terlihat pisangnya.
Siapkan loyang yang sudah di sapu dengan shortening (nipis). Letakkan puff di atasnya. Sapu
dengan bahan gliss. Bakar dengan suhu oven 200 Celcius selama 20 menit. Hingga keperangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi