Nuffnang

Friday, September 6, 2013

Penang Char Hor Fun


Selalunya kalau singgah di gerai makan semestinya saya akan order char hor fun ini, boleh di katakan juga sebagai menu feveret keluarga! Di hidangkan panas - panas memang tersangatlah sedap! Makan sepinggan memang rasa tak cukup kadang - kadang rasa macam nak tambah lagi. Hehe.
Hidangan ini cukup femes di Malaysia dan juga Singapore. Pernahkah rakan - rakan mencuba  sendiri membuatnya di rumah? Kalau belum, apa kata kita belajar bersama - sama! Cukup mudah dan rahasia untuk melezatkan lagi char fun ini, selepas siap di masak kena hidang dengan segera! Selamat memasak kawan!!

Penang Char Hor Fun
500 gram kuetiaw
1 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak masak
3 cawan air /  rebusan udang / ayam
1 pokok sawi - di potong
50 gram udang
1 peket fish cake - digoreng dan potong
1 biji telur
Sedikit carrot - potong bulat
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 biji cili merah - potong memanjang

Bahan sos :
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap ikan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air - larutkan

Cara Membuat :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw dan kacau, masukkan kicap  dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Ketepikan sekejap. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih bersama cili merah potong kacau goreng.

Masukkan air / air rebusan, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, masukkan kicap manis, kicap ikan, serbuk lada, sos tiram garam dan gula. Masukkan sayur sawi dan carrot, kacau.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit.

kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih masukkan fish cake dan udang. Kacau sekejap. Pecahkan telur dan masukkan kedalam kuah tadi, kacau  bentuk bulat menggunakan copstik dan terus tutup api dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi. Hidang semasa panas!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi