Nuffnang

Monday, October 7, 2013

Weekend Projeck Membuat Pavlova!


Semalam teringin merasa pavlova, Rasa "Paplova" nie manis dan luar crispy crunchy dan dekat dalam lembut macam marshmallow. Gandingkan dengan whipping cream dan juga buah - buahan kegemaran yang jenis masam!! Memang sedap rasa manis dan masam sekata.

Pavlova
4 biji putih telur (putih telur sahaja)
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila

Untuk Toping :
1/2 cawan whipping cream
Strawberry -  di potong kecil
Kiwi  - di potong kecil
Orange - di potong kecil

Cara  Membuat :
Pukul 4 biji putih telur guna mixer sehingga adunan menjadi pekat dan kaku. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga  gula habis. Pukul meringue sehingga putih berkilat. Dan kalau cuba terbalikkan adunan tak jatuh. Masukkan tepung jagung dan esen vanila dalam adunan. Dan kacau menggunakan spatula secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Ambil loyang dan letakan baking paper.

Buat bulatan atas baking paper, lepas tue terbalikkan kertas. Letakkan "meringue" atas baking paper dalam bulatan tadi dan bentukkan mengikut citarasa. Panaskan oven dengan suhu 150 C dalam 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 100 C. Bakar selama 1 jam 15 minit (bergantung kepada oven masing - masing ). Pukul whipping cream sehinggan pekat. Ambil spatula dan sapukan atas meringue tadi,dan taburkan buah - buahan yang di sukai.

AMARAN: Jangan keluarkan pavlova terus dari oven selepas masak. Biarkan pavlova tue sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven untuk bagi pavlova sejuk kat dalam oven dan baru kuarkan!

4 comments:

  1. salam kenal julia....
    nikmatnya mkn pavlova sejuk-sejuk kan....

    ReplyDelete
  2. Salam kenal kembali Umi, yaa betul pavlova nii kalau di makan sejuk lagilah banyak sodapp! Thank you singgah..

    ReplyDelete
  3. wow..cantiknya pavlova..dah lama x buat ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi