Nuffnang

Sunday, December 15, 2013

Kek Coklat Kukus Toping Meleleh


Salam satu menu yang menjadi pilihan hari ini kek coklat kukus yang sangat lembut lagi lembab! Saya intai resepi ni dari kak Nor yang duduk di Teranggu dan juga Kak LIza. Hari ni rajinkan diri  untuk update blog lagi. Sebab hari ni saya terima tetamu, jadi boleh lah baking kek - kek yang mudah untuk disajikan sebagai pemanis mulut.Tekture kek coklat ini memang seperti apa yang saya idamkan sangat - sangat mabeles, dengan toping yang tengah hangat di perkatakan rakan - rakan kat luar sana toping yang meleleh - leleh yaa. So yummy dan sangat best!

Kek Coklat Kukus Toping Meleleh
Bahan A :
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang - manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B :
2 biji telur
1 tsp esen vanila

Bahan C :
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara Membuat :
Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang). Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.

Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek. Hiaskan dengan coklat toping.

* Bila guna bekas plastik kecik  kukus kek selama 30 - 35 minit atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat coklat toping.

Resepi Coklat Toping Meleleh

300 gm coklat masakan -  di potong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara Membuat :
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. Curahkan 1/2 dari coklat toping atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya toping tadi meresap ke dalam kek.

Panaskan kembali lebihan coklat toping tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan toping dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas. Memang agak banyak coklat toping  yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi