Nuffnang

Sunday, December 8, 2013

Kuih Bahulu Coklat Rice


Saya dan keluarga memang suka makan bahulu. Selalu beli jer sebab malas nak buat. Semalam masa membeli persiapan baju sekolah untuk anak - anak singgahlah untuk membeli kuih bahulu! Seronok betul melihat mak cik penjual bahulu mengadun dan membakar kuih ini, jadi teruja sangat nak buat sendiri.
Sesekali kena la belajar jugak buat kuih tradisi kita kan agar tak lapuk dek zaman, kan? Ada beberapa tip yang kena diperhatikan, tepung terlebih dahulu kena di jemur atau di panaskan di dalam oven agar kuih bahulu yang dihasilkan menjadi ringan dan gebu. Jom kita semak bersama - sama resepi di bawah ini! Selamat membuat kuih bahulu..

Kuih Bahulu Coklat Rice
180 gram gula kastor
180 gram tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik* - kedua bahan ini di ayak!
5 biji telur gred A
1 tsp ovelete
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
40 gram coklat rice

Cara membuat:
Pukul telur, ovelete dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit. Masukkan bahan ayak sedikit - sedikit sambil dikacau. Campurkan esen vanila dan akhir sekali campurkan minyak masak, coklat rice dan digaul sebati. Sapu acuan bahulu dengan sedikit minyak masak. Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit. (Yang ni terpulang padd kepanasan oven masing - masing la kan) Setelah masak, cungkil bahulu keluar dengan menggunakan lidi. Sejukkan dan hidang.


1 comment:

  1. sy punya bahulu keras, tekstur dlm tu padat. baru tahu sy terlebih tepung, patut bubuh sikit demi sikit kan, sy tunggang semua sekali.

    boleh sy tanya, putar telur dan gula tu berapa minit? speed pulak low/medium/high?

    terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi