Nuffnang

Saturday, May 31, 2014

Homemade Papperoni Pizza


Salam. Bangun awal sebelum subuh pagi tadi kluarkan papperoni dan cheese utk buat  pizza jer untuk sarapan pagi anak anak yang sedang bercuti sekolah, Untuk rakan - rakan yang sedang mencoba membuat pizza sendiri, resepi berikut ini sangat sesuai dan amat mudah di cuba di rumah! Cubalah sekali - sekala untuk sarapan atau buat jamuan tetamu memang best dan sangat sedap. Resepi saya masih gunakan yang ini!


Homemade Papperoni Pizza
  • 300 gram tepung protein tinggi 
  • 1 tsp yis
  • 20 gram gula pasir halus
  • 15 gram susu tepung
  • 165 ml air suam
  • 35 gram mentega putih / shortening
  • 1 tsp garam halus
Cara Membuat :
Campur tepung , yis, gula pasir, dan susu tepung. Kacau rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan kalis. Masukkan mentega putih dan garam. Uli sehingga adunan lembut dan rehatkan untuk 30 menit. Kempiskan adonan. Bahagikan menjadi 2 adunan. Bulatkan. Diamkan 10 menit. Giling nipis melingkar ( bulat ).  Kelimkan dengan kemas. Letakkan diloyang yang disapu margarin.

Ambil bahagian tepi pizza dan lipat ke dalam. Tekan - tekan dengan kemas. Cucuk bahagian tengah pizza menggunakan garfu. Sapukan dengan sos dan tabur dengan bahan topping dan juga chesee. Sapu bahagian tepi pizza dengan bahan gliss. Oven 15 menit dengan suhu 190 derajat Celsius.


Pizza Sos Yg Sedapp
1/2 biji bawang besar - cincang halus
4 buah tomato rebus - cincang halus
2 sudu besar tomato paste
1/2 botol kecil sos cili
3/4 sendok teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 tsp gula pasir
1 tsp oregano
1/2 tsp basil
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Topping
1 peket beef papperoni
225 gram keju mozzarella parut

Bahan Gliss
1 sudu besar minyak zaitun

Cara membuat :
Sos, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tomato, tomato paste, garam, lada sulah, dan gula pasir. Masak sampai meletup - letup dan pekat. Tambahkan oregano dan basil. kacau rata.
  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi