Nuffnang

Tuesday, May 6, 2014

Kari Daging Ala Ibundo


Kari daging ni saya masak atas permintaan anak - anak buat hidangan tengahari. Sudah agak lama juga saya tidak memasak masakan ni. untuk memberi kelainan pada sajian hari ni saya mencuba dan follow resepinya dari blog Ibundo. Terimakasih yaa, cukup sedap dan menyelerekan pada saya.

Kari Daging Ala Ibundo
1 kilo daging dipotong cube
3 ulas bawang merah dihiris nipis.
1 ulas bawang putih dihiris nipis.
3 sudu besar pes cili kering
3 biji ubi kentang dibelah
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah*
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kerisik
1 biji kelapa diambil santannya
1 cube stok daging
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Blender bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan campurkan dengan rempah kari. Gaul rata bersama daging. Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah briyani dan pes cili. Tumis sehingga masak. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering. 

Masukkan santan cair dan masak sehingga kuahnya pekat. Tambah santan pekat, kentang, kerisik, stok daging. Masukkan air asam apabila kentang sudah empuk. Mak bundo bagi petua. Kalau masak kentang, jangan masukkan asam sebelum kentang empuk. Nanti kentang tu tak empuk-empuk.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi