Nuffnang

Thursday, July 31, 2014

Kari Ayam Dan Roti Jala Sedap


Assalamualaikum semua. Masih mood raya, tu yg tak berkesempatan je nak kongsikan resepi kat blog ni. Maaf yaa.. Sebenarnya saya buat roti jala ni masa bulan ramadhan. Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepi yg sangat mudah dan semestinya sedap, di gandingkan pula dengan kari ayam memang sangat sesuai dan sepadan. Tak sedar dah banyak keping masuk dalam mulutt. Hehe..

Resepi Roti Jala
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair / santan cair
1 1/2 cawan air kosong
1 sudu kecil garam - secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
2 biji telur
2 sudu besar butter cair

Cara Membuat :
Satukan semua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
Masukkan pewarna kegemaran. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala muncung 3.
Panaskan kuali non-stick. Kirai / jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama satu minit (hingga masak). Kemudian angkat. Lipat/gulung. Sedap di makan bersama kuah dal / kari / sambal sardin. Note: Jika adunan cair, tambah sedikit tepung. Kalau pekat tambakan sedikit air! Selamat mencuba!


Resepi Kari Ayam Sedapp
1/2 ekor ayam - di potong sesuai selera
1/2 sudu kecil jintan manis - sangai*
1 peket keresek
3 biji kentang -  di dadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
1 sudu kecil serbuk cili#
2 keping asam gelugor
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera / secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
Sedikit minyak untuk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara Membuat :
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah dan juga keresek. Kacau2 & biar hingga wangi.Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, asam gelugor, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi