Nuffnang

Friday, October 10, 2014

Ayam Goreng Lengkuas ala Restoran Padang


Salah satu resepi ayam goreng ala restoran Minang. Mungkin boleh di jadikan salah satu menu pilihan untuk lauk pauk makan tengah hari. Jom kita cuba di rumah untuk hidangan keluarga. Kalau di lihat dari cara penyediannya cukup mudah, serba ringkas dan sedap!

Ayam Goreng Lengkuas
1 ekor Ayam - potong sesuai selera
1/2 sudu makan air asam jawa
300 ml air
4 inci lengkuas - di parut
3  batang serai - di ketuk
3 helai daun salam
Minyak goreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bumbu / Rempah Di Kisar :
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu teh biji lada putih / sulah
2 cm kunyit
1 cm halia

Cara Membuat :
Siapkan kuali, campur jadi satu ayam, lengkuas parut, daun salam, serai, air asam jawa, air, rempah kisar, garam, lada sulah dan gula pasir. Kacau rata. Masak dengan api sedang sampai kuahnya hampir pekat dan rempah meresap. Angkat.

Pisahkan ayam dengan bumbu lengkuas. Goreng ayam hingga keperangan , angkat. Ketepikan.
Goreng baki rempah / bumbu lengkuas tadi, sehingga garing. Toskan. Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding lengkuas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi