Nuffnang

Thursday, December 18, 2014

Congo Bars


Assalam. Tengah cari - cari kudapan yang simple, cepat dan tentunya sedap so petang  tadi dah jatuh hati dengan resepi congo bars ini! Banyak blog masakan yang dah mencuba dan semua respon yang saya baca mengatakan  positif  jadi teruja jugak. Inilah hasil dan kejadian congo bars hasil godeg di dapur yaa, yuk cuba kawan - kawan!

Congo Bars
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
220 gm gula perang
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gram chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara Membuat :
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.

Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer keperangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi