Nuffnang

Monday, October 5, 2015

Hot Pancakes Untuk Sarapan..


Pancake menjadi salah satu pilihan menarik untuk sarapan. Rasanya cukup ringan dan mengenyangkan. Kakak dan Angah gemarkan pancakes yg lembut katanya! Untuk menambat hati anak - anak yg sedang bercuti hari ni saya buatkan sos butterscotch sebagai topping! Ok kita intai resepi kat bawah ni yaa...


Hot Pancakes
1 cawan + 1 camca besar penuh tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*gaul rata dan ayak)
1 biji telur gred A
1 camca besar penuh gula kastor
1 cawan + 4 camca besar susu segar
1 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

Cara Membuat :
Bancuh susu segar dengan cuka makan, dan biarkan sekejap. Sementara itu,masukkan tepung yang telah diayak dalam satu bekas, masukkan gula kastor dan gaul rata. Tambah telur dan kacau. Perlahan2 tuang bancuhan susu dan cuka (buttermilk) sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan buttermilk habis.Tuang pula mentega cair dan esen vanilla, kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.

Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak atau mentega, kemudian lap dengan tissue dapur bersih. Cedok 1/4 cawan adunan pancake, kemudian tuang perlahan di bahagian tengah pan tadi. Pastikan api kecil. Biar hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering sedikit, kemudian terbalikkan.

Masak untuk 1 minit lagi dan boleh angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan, pastikan anda lenser dengan sedikit minyak atau mentega sebelum menuang adunan pancake yang baru. Hidangkan drizzle dengan sedikit sos butterscotch. Hidangkan sebagai sarapan pagi..



Sos Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
40 gram butter

Cara membuatnya :
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan susu segar, vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Note : Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi